Salam..

Selamat datang ke laman MamaStoves... laman yang membawa pilihan kepada semua penggemar kek dan juga yang bercadang untuk mengadakan majlis sambutan harijadi, rumah terbuka, anniversary dan apa jua majlis..

Kami sedia menerima tempahan kek-kek harijadi, kek anniversary, cup cakes, muffin..

Kami juga ada menyediakan satay kebab ayam & ikan bakar dari resepi kami yang tersendiri..


KLIK SINI UNTUK SENARAI HARGA


RAKAN PENGEDAR TEPUNG KEK MAMASTOVES

  • KL/PJ - Hjh Rahimi (017-2210236)
  • PERLIS - Pn Roshaya (019-5583524)
  • MARAN/TEMERLOH - Pn Noor Rohaila (013-9826084)
  • SHAH ALAM/KLANG - Pn Norazian (013-3899747)
  • PD/N9 - Pn Aisyah (019-6682524)
  • SABAH - Pn Ida Cyril (013-8794645)
  • CHERAS/KAJANG/BANGI/NILAI - Pn NABILA (019-2191202)

Saturday, December 11, 2010

Happy besday Yasmin n Nabil





Happy Birthday To Yasmin n Nabil


All the best to both of you....and jangan nakal2 tau!!!
Sayaaaaaaangggg....mama....!!!

Tuesday, December 7, 2010

MAMASTOVES AKAN BERHIJRAH

Salam...

Hari ni seluruh umat Islam meraikan tahun baru...selamat tahun baru untuk semua..semoga tahun ini kita mendapat rahmat dan hidup yang lebih diberkati Allah.

Tahun baru ini juga Mamastoves akan membuka lembaran baru....mengembangkan sayapnya...di tempat baru, di negeri baru....

Penghijrahan yang memerlukan satu pengorbanan yang besar...satu perhitungan masa depan....satu pilihan yang sukar......apapun sama2 kita doakan kejayaan Mamastoves di pantai timur....apa yang penting....kitakan SATU MALAYSIA.


So...awas ya orang Kelantan terutama di Machang dan Pulai Condong...Mamastoves akan menemui anda di sana...!!

Mamastoves akan menghentikan production selama 2 minggu bagi memberi laluan kepada urusan pemindahan

Thursday, November 4, 2010

kursus Bakeri di Mamastoves

Salam...

Baru-baru ni Mamastoves ada menganjurkan kursus bakeri Asas Kek pada bulan Oktober yang lalu. Para pelajar khususnya yang belum pernah membuat kek dapat mempelajari cara-cara yang betul dalam pemprosesan kek bermula dari pengenalan bahan-bahan kek sehinggalah teknik membentuk corak kek marble.





Puan Asmahan bersama kek yang beliau hasilkan. ..petang ni xyah pening2 nak beli kuih..bawak balik untuk anak2 ni.


Puan Yati...Ni lah kek yang saya buat... dah separuh dah abis ni!!


Encik Amran..mudahnya buat kek ni!!



corak kek yang dihasilkan peserta


antara kek yang dihasilkan



Encik Amran sedang kusyuk mengadun warna kek


Amacam...senang tak nak buat kek ni?? pasni boleh la buat untuk minum petang kat rumah!!



Kursus yang ala-ala bersantai abis...seronoknya.....tapi penuh dengan informasi dan yang paling penting...peserta dapat turut sama menghasilkan kek masing2......boleh bawak balik pulak tu...kenyang anak2 mak...!! Akhir sekali kami dari Mamastoves ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta di atas kerjasama n komitmen anda semua sepanjang kursus. Jangan lupa mencuba di rumah ye.. !! Semoga anda sukses selalu!!


#####Untuk Makluman semua Mamastoves akan mengadakan kursus bakeri lagi bertempat di Tingkat 1 (atas kedai Mamastoves). Sesiapa yang berminat sila hubungi saya atau dtg sendiri ke kedai Mamastoves untuk pembayaran deposit. Maklumat kursus terdekat adalah seperti di bawah :


KURSUS ASAS KEK
ISNIN 8 NOVEMBER 2010

10.00 PAGI HINGGA 12 TGHARI

YURAN RM20




KURSUS ASAS ROTI

SELASA 9 NOVEMBER 2010
2.00 PETANG HINGGA 6 PETANG

YURAN RM45

Monday, October 25, 2010

slice cakes



Salam...

Antara projek terbaru dari Mamastoves....SLICE CAKES. Sesuai untuk mereka yang ingin buat rumah terbuka,jamuan harijadi...atau majlis kesyukuran....tak payah susah-susah nak potong kek lagi!!

Ada beberapa jenis kek; antaranya kek cappucino, kek strawberi, kek pandan, kek oren, kek blueberi,kek coklat dll.

Terbuka juga kepada sesiapa yang ingin berniaga slice cakes secara kecil-kecilan @ besar-besaran...Mamastoves menyediakan khidmat 'supplier' kepada anda. Satu bekas 2 jenis kek (1 dulang 40 slices)....tapi bekas kek kena la hantar balik ye..!! Untuk keterangan lanjut tentang 'terms & condition' bisnes slice cakes ni...boleh la call @ email saya.






kek oren


kek cappucino


kek coklat



kek pandan


kek strawberi


Monday, October 18, 2010

Tart Cream Blueberi

Salam...

Ini tempahan dari Puan Ila dari Bukit Jelutong sempena rumah terbuka beliau baru-baru ni. Jangan keliru ye....Ni bukan tart blueberi cheese ye....ni tart cream blueberi...sedap n kalau dh makan satu..sure nak makan lagi punya!! ....hanya terdapat di Mamastoves. Pas ni sape2 nak tempah boleh la call.




Mexican Bun D Bukit Beruntung???






Wow...Bukit Beruntung pun dah ada Mexican Bun ala ala Roti Boy!!!Tak caya jom singgah kat kedai Mamastoves....

kek

Salam...


Kek tempahan dari cikgu untuk jamuan akhir tahun Taska Sekolah Rendah Bukit Beruntung 2 tempoh hari. Terima kasih cikgu.







Saturday, October 9, 2010

kek





Tuesday, October 5, 2010

kek


Salam...

Ni kek tempahan dari Puan Nordini untuk sambutan hari Kanak-kanak kelas 3 Bakawali SKBS. Terimakasih cikgu....kalau sedap boleh order lagi!!




Karnival Di Kuala Kubu 2010

Salam....

Ni gambar-gambar masa karnival Produk Asas Tani anjuran Jabatan Pertanian yang diadakan di perkarangan stadium Kuala Kubu..sebelum bulan puasa.

Walaupun Karnival hanya berlangsung selama dua hari..tetapi memang meriah..terutama pada hari terakhir...almaklum pengunjung ada yang baru tahu tentang karnival ni.

Anyway..memang seronok...dapat berkenal mesra dengan pengeluar2 tempatan...yang very very sporting n tak lokek ngan petua2 camana diorang boleh berjaya....bestnye...!! Tapi yang lagi best kat karnival ni...kami pengusaha2 diberi layanan yang istimewa oleh pihak penganjur..soal makan...xyah sebutlah..berapa kali makan dlm sehari...dah tu free plak..!! Bak kata.....perut sentiasa kenyang lah.....terima kasih banyak2 n syabas buat Jabatan Pertanian terutama sekali Puan Mariam yang banyak membantu. Kalau ada expo lagi...jangan segan2 jemput kami lagi ye...naaakkk..sesaaaangaaat !!






Cupcakes n muffin


Piza hasya..yang terlaris..boleh terus makan..lembut n gebu


tokey piza hasya tengah kusyuk mengisi perut..sambil tunggu customer




PizaHasya yang dijual hanya RM5 satu kotak.





antara produk lain;biskut raya n roti Hasya


tepung kek Mamastoves juga mendapat sambutan


beli kak..beli..xpandai wat kek pun jadi pandai lepas ni..!!!