Salam..

Selamat datang ke laman MamaStoves... laman yang membawa pilihan kepada semua penggemar kek dan juga yang bercadang untuk mengadakan majlis sambutan harijadi, rumah terbuka, anniversary dan apa jua majlis..

Kami sedia menerima tempahan kek-kek harijadi, kek anniversary, cup cakes, muffin..

Kami juga ada menyediakan satay kebab ayam & ikan bakar dari resepi kami yang tersendiri..


KLIK SINI UNTUK SENARAI HARGA

RAKAN PENGEDAR TEPUNG KEK MAMASTOVES

  • KL/PJ - Hjh Rahimi (017-2210236)
  • PERLIS - Pn Roshaya (019-5583524)
  • MARAN/TEMERLOH - Pn Noor Rohaila (013-9826084)
  • SHAH ALAM/KLANG - Pn Norazian (013-3899747)
  • PD/N9 - Pn Aisyah (019-6682524)
  • SABAH - Pn Ida Cyril (013-8794645)
  • CHERAS/KAJANG/BANGI/NILAI - Pn NABILA (019-2191202)

Tuesday, September 9, 2008

Blueberry Fresh Cream


Kek ni memang sedap..tak percaya..cuba la rasa..sure nak lagi...! Kek di lapis dengan 'filling blueberry' di dlm dan di atas.Kemudian diselaputi dengan 'Fresh cream' ....

Biasanya untuk birthday..saya akan lukis gambar2 kartun mengikut kesukaan anak2 menggunakan pipping jelly...terpulang lah gambar apa yg anak2 pelanggan suka. Di bawah ni saya paparkan gambar2 kek Blueberry Fresh Cream yang sempat dirakam...ada banyak lagi..tapi terlupa nak rakam...maaf ye...




Kek Lapis Sarawak


Tak sah kalau takde kek di pagi raya..tambah2 lagi kek lapis sarawak yg berwarna-warni..bisa menambahkan suasana ceria di hari raya. Ada beberapa jenis kek lapis sarawak yang saya selalu buat..antaranya seperti Kek Lapis London Look, Kek Lapis Masam Manis, Kek Lapis Amelia, Kek Sabaktun, Kek Hati Pari....terbaru tahun ni saya akan tambah dengan dua jenis kek seperti Kek Puncak Kasih dan Kek Batik Kenyalang.


Kek Lapis London Look- ada lapisan semuanya.Setiap lapisan mempunyai perisa berbeza.Merah-dicampur sekaya,hijau-dicampur choclate rice,kuning-dicampur susu dan oren dicampur peanut butter.

Kek Lapis Masam Manis-adunan kek dicampur biskut marie,sekaya dan susu.Mempunyai 2 lapisan kuning dan hijau.Setiap lapisan diselangi dengan manisan keranji(hawflakes).Saya modified sikit letak warna merah ditengah.

Kek Lapis Amelia-mempunyai 4 lapisan.Coklat-campuran nescafe/browning,Merah-strawberi,kuning-vanila/horlicks,hijau-vanila.Kek ni ciptaan sendiri tau...

Kek Lapis Sabaktun-mempunyai 2 lapisan utama iaitu warna coklat-dicampur nescafe/browning dan warna asal-dicampur vanila.Kek ini mengandungi susu dan sekaya.

Kek Hati Pari-kek ini berwarna coklat dan tahan lama.Juga dikenali sebagai 'kek sebulan'.Takde lapis2..plain je..tapi sedap sebab berperisa kismis hitam.

Kek Lapis Puncak Kasih-adunan dicampur sekaya dan susu.Mempunyai 3 lapisan utama.Kuning-dicampur jem buahan,hijau-dicampur horlicks.Coklat-dicampur milo.


Sayangnya photo takde...cuma photo Kek Lapis Puncak Kasih je yang dpt saya lampirkan di sini...Kek ni berperisa milo, jem,horlicks dan srikaya. Kalau nak rasa...jgn segan2 untuk order...

Monday, September 8, 2008

Pelangi Cupcakes

Ini adalah sebahagian daripada cupcakes yang telah siap. Cupcakes ini dibuat secara 'steamed' dalam pelbagai warna dan corak. Kalau dijaga dengan betul..tahan lama sampai seminggu. Bukan sahaja anak2 menyukainya..mak2 n bapak2 pun ikut mengunyah sekali.

Boleh dibuat hidangan harijadi atau sebagai sajian hari raya nanti. Ada yang memesan untuk kenduri kahwin..tak kurang juga yang order untuk dibawa balik kampung...sebagai buah tangan buat atuk n anak2 buah.