Salam..

Selamat datang ke laman MamaStoves... laman yang membawa pilihan kepada semua penggemar kek dan juga yang bercadang untuk mengadakan majlis sambutan harijadi, rumah terbuka, anniversary dan apa jua majlis..

Kami sedia menerima tempahan kek-kek harijadi, kek anniversary, cup cakes, muffin..

Kami juga ada menyediakan satay kebab ayam & ikan bakar dari resepi kami yang tersendiri..


KLIK SINI UNTUK SENARAI HARGA

RAKAN PENGEDAR TEPUNG KEK MAMASTOVES

  • KL/PJ - Hjh Rahimi (017-2210236)
  • PERLIS - Pn Roshaya (019-5583524)
  • MARAN/TEMERLOH - Pn Noor Rohaila (013-9826084)
  • SHAH ALAM/KLANG - Pn Norazian (013-3899747)
  • PD/N9 - Pn Aisyah (019-6682524)
  • SABAH - Pn Ida Cyril (013-8794645)
  • CHERAS/KAJANG/BANGI/NILAI - Pn NABILA (019-2191202)

Saturday, October 31, 2009

LAST CALL UTK HARGA PROMOSI...

Salam semua.. utk makluman semua.. kira ni last call bagi harga promosi utk sesapa yg belum try lagi tepung2 kek mamastoves.. Start 1 Nov 09 ni, harga tepung2 mamastoves akan dijual mengikut harga jualan biasa.. 


Bagi yg dh cuba & nak order lagi, ada la diskaun sket.. tak byk, tp ada la diskaun tu.. :)


Bagi rakan pengedar, jangan risau..harga utk rakan pengedar masih lagi special.. :)

Saturday, October 24, 2009

SENARAI KEK/MUFFIN

CAKES
CARTOON B'DAY CAKES






1/2 KG - RM 20 (BUTTERCREAM) : RM 32 (FRESHCREAM)
1 KG - RM 30 (BUTTERCREAM) : RM 47 (FRESHCREAM)
2 KG - RM 47 (BUTTERCREAM) : RM 72 ( FRESHCREAM)
BLUEBERRY FRESH CREAM






1/2 KG - RM 32
1 KG - RM 47
2 KG - RM 72
CHOCOLATE MOIST






1/2 KG - RM 27
1 KG - RM 37
2 KG - RM 57
MARBLE CAKE 
PELANGI COKLAT CHOC CHEESE






1/2 KG - RM 17 1/2 KG - RM 34
1 KG - RM 32 1 KG - RM 52

PANDAN & MANGO LAYER






1/2 KG - RM 30
1 KG - RM 42
BUTTERCREAM CAKE






1/2 KG - RM 20
1 KG - RM 30
2 KG - RM 44
KEK LAPIS






1/2 KG - RM 42
1 KG - RM 62
MUFFINS
COKLAT PELANGI BLUEBERRY / KIWI






100 PCS - RM 24 100 PCS - RM 20 100 PCS - RM 32

Tuesday, October 20, 2009

LATEST CAKES


Salam,


Ha..ni baru berkesempatan nk upload gambar2 kek yg ditempah baru-baru ni..almaklum..bz skit dgn production tepung ni..alhamdulillah mendapat sambutan yg begitu menggalakkan...


Kat bawah ni gambar kek lapis India...jgn tanya kenapa namanye lapis india...ambo sendiri pun xde jawapannya..anyway kek ni di lapis ngan coklat cadbury..bagi sesiapa yg menggemari coklat...emm..sedaaap..pasti menjilat jari...




Ni gambar2 beberapa kek coklat moist yg ditempah untuk 'open house'.









Ha..ni kek yg ditempah oleh Puan Ros untuk anak terunanya...thanx Kak Ros.




Ni pulak kek pandan layer yg ditempah oleh Puan Intan ...kira regular customer nii..thanx Intan..bleh tempah lagii..anytime...tp agak2 le ye tang time tuu...he..he.





Ha..ni gambar masa besday anak buah Afzal...Happy Besday to AFZAL..aiik senyum le skit...sori le Mak Lang terlupa bawak lilin...alaa ciannye....tapi still meriah dikelilingi oleh your cousins kan..?? Anyway..best wishes to u.






Ni gambar kek besday yg ditempah oleh Pn. Ayu untuk anak gadisnya Rania..design terbaru ...Pn. Ayu pun salah sorang i punya regular customer...bleh order lagi...anyway hepy besday to Rania..hope u like it..gambar hello kitty....and best wishes to u too.








Saturday, October 17, 2009

RAKAN PENGEDAR TEPUNG MAMASTOVES

Salam semua..

ni update rakan pengedar tepung kek mamastoves.. welcome Pn Aisyah!!

1. Pn Nabila di Prima Saujana, Kajang
2. Pn Ida Cyril di Tambunan, Sabah (stok baru dlm perjalanan)
3. Pn Aisyah di Port Dickson (stok dh sampai!!)

jadi bagi yang tinggal berdekatan dgn rakan pengedar ni, jgn le segan2 nak dapatkan tepung kek mamastoves dari mereka ya..

contact no. rakan pengedar mamastoves ada kat bawah poster tepung..

Wednesday, October 14, 2009

FAQ TEPUNG MAMASTOVES

Salam buat semua pengunjung blog,

Alhamdulillah..sejak artikel keluar paper ni.. ramai yg mula mengenali Mamastoves. Berbanyak2 thanx to Pn. Fazrina n Pn Nabila yg banyak membantu dlm memperkenalkan produk Mamastoves especially tepung Kek Mamastoves. Terima kasih..

Kat sini saya nk bagi info sikit tentang Produk Tepung Mamastoves supaya anda semua tak terkeliru lgi..


Antara soalan2 hot yg slalu ditanya :


Kat mana ada dijual?... bleh dpt terus dr Mamastoves @ mll pengedar kawasan

Ada di Pasaraya @ kedai?.. belum lagi.. insyaallah akan dtg.

Berapa minimum order?.. tiada minimum order.. 1 pn boleh

Camane nak order nih?.. boleh sms, email, call utk order @ dtg sendiri.

Nak bayar camne?... boleh bank in ke akaun maybank @ cimb... terpulang mana yg mudah bg anda.

Ada penghantaran? .. yup.. mll pos bungkusan biasa.

Caj penghantaran?? .. ikut berat (stndard caj Pos Malaysia).. sekilo pertama rm2.50.. cth tepung kek cklat moist (580g).. caj pos cuma Rm2.50.

Berapa lama sampai klu pos?? .. 3 hari bekerja.. tp klu nasib baik esoknye pn dh sampai..

Ada diskaun tak klu ambik banyak?? .. ada.. belian 10 pek dh dpt diskaun lebih kurang 10%.

Boleh kukus x? .. semua kek boleh bakar n kukus kecuali kek span.

Sedap tak? ... ha yg ni kena tanya org yg dh try... tp rasanya hingga menjilat jariii....

Senang tak? ..cukup mudah.. terbaru yg kami dengar.. budak umur 11 thn pn bleh buat.. (jgn marah ibu-ibu..tercabar nih!!)



# insyaallah next week.. ada pengedar di Kinrara... bg sesiapa yg tinggal berdekatan Puchong ke.. bleh lah beli terus kat sana je.

# Berita baik untuk orang PD.. Ahad (18/10/09) ni saya akan ke PD.. so sesiapa yg berada di PD boleh order terus dr saya... order sekarang.. nnti saya bawa stok untuk anda.



Friday, October 9, 2009

TEPUNG MAMASTOVES DALAM UTUSAN MALAYSIA HARI NI!!

Mudahnya buat kek


KEK yang dihasilkan menggunakan tepung kek Mamastoves.


GOLONGAN wanita yang gemar ke dapur bagi mencuba pelbagai resipi kek kini tidak perlu gusar keadaan dapur bersepah dengan tepung serta kulit telur merata-rata ketika menghasilkan sebiji kek.

Ini kerana dengan adanya tepung kek Mamastoves, proses membuat sebiji kek menjadi lebih mudah dan tidak banyak kerenah.

Pengusaha tepung kek Mamastoves, Norunishah Ridzwan, 37, berkata, pengalamannya sejak dari zaman remaja membuat kek mendorong beliau bereksperimen menghasilkan tepung kek yang mudah, murah serta sedap.

"Ibu saya boleh dikatakan 'pakar' membuat kek di kampung kami di Alor Star dan sejak remaja lagi saya sudah membantu ibu membuat kek di dapur.

"Dengan ilmu yang diturunkan oleh ibu ditambah pengalaman selama 23 tahun membuat kek saya berjaya membuat tepung kek yang mudah diadun oleh sesiapa sahaja termasuk remaja yang ingin menghasilkan kek istimewa untuk hari lahir ibunya," jelasnya.

Beliau mengakui, minat, ketekunan, pengalaman ditambah dengan inovasi mendorongnya menghasilkan tepung kek sendiri.

Malah ibu kepada enam cahaya mata ini memilih meneruskan legasi ibunya dalam pembuatan kek kerana mahu dekat dengan anak-anak sambil menambah pendapatan keluarga.

Justeru beliau beroperasi dari dapurnya sendiri yang terletak di kediamannya di Bukit Beruntung, Selangor.

"Memang banyak tepung kek segera di pasaran, tapi saya mencari kelainan dengan menambah tepung kek span yang belum lagi ada di pasaran.

"Selain itu bahan-bahan yang digunakan untuk membuatkan kek ini semuanya saya kumpul dan campurkan sendiri. Tepung ini juga mampu bertahan selama enam bulan dan bagi yang baru pertama kali mencuba buat kek pasti jadi," jelasnya.

Norunishah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perhubungan awam dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, memanfaatkan ilmu tersebut dengan cara mempromosikan perniagaannya ke seluruh Malaysia.

Semuanya dilakukan menerusi promosi menerusi blog http://mamastoves.blogspot.com yang nyata relevan dengan pasaran kini.

Norunishah berkata, tepung kek ini boleh dibancuh tanpa perlu menggunakan mesin penguli kek.

"Pukul dengan tangan pun boleh mendapatkan hasil yang baik, cuma kek span perlukan mesin kerana ia perlu betul-betul 'ringan'," ujarnya yang boleh dihubungi pada talian 016-2586694.


TERIMAKASIH KPD SEMUA PIHAK YG TERLIBAT UTK ARTIKEL NI..TERUTAMANYA PN FAZRINA & PN NABILA..


Sumber dari Utusan Online.. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm

Tuesday, October 6, 2009

Kek Raya

Salam...

Maaf le bebanyak coz lambat nk update blog ni...nak kata raya sakan giler tuu...xjugak..tp pc buat hal..xleh nk upload gambar..tu y lambat tu..!! Tapi rasanye masih boleh lagi kot untuk ucapkan selamat hari raya n maaf zahir batin dr kami di Mamastoves...raya kan sebulan..open house pn banyak lagi..he..he!

Anyway..kat sini saya paparkan gambar2 kek yg ditempah untuk hari raya baru2 nii...layaaaaannn..



Ni kek lapis horlicks yg ditempah adik iparku....


Ni kek lapis strawberi dr i untuk ibu mertuaku..he..he..



Ni kek bday dr jiranku Pn.Shima....untuk hubby dia..kek buttercream coklat. thanx Shima..klu dh sedap tu..jgn segan silu nk order lagi ye..he..he!



Ni plak kek lapis masam manis yg ditempah oleh cousin i pn.Rina...thanx Rina!!



Ni kek marble pelangi yg i buat untuk rumah sendiri..ye la kang budak2 dtg raya..nk jugak rasa kek kan?? Kata tauke kek..mesti ada jamu kek kan....penat pun blom abis lg bila jln jauh(balik kpg) ni..so i buat je la kek yg simple n sempoi....worait kan??

Selamat Hari Raya n Maaf Zahir Batin!!