Salam..

Selamat datang ke laman MamaStoves... laman yang membawa pilihan kepada semua penggemar kek dan juga yang bercadang untuk mengadakan majlis sambutan harijadi, rumah terbuka, anniversary dan apa jua majlis..

Kami sedia menerima tempahan kek-kek harijadi, kek anniversary, cup cakes, muffin..

Kami juga ada menyediakan satay kebab ayam & ikan bakar dari resepi kami yang tersendiri..


KLIK SINI UNTUK SENARAI HARGA

RAKAN PENGEDAR TEPUNG KEK MAMASTOVES

  • KL/PJ - Hjh Rahimi (017-2210236)
  • PERLIS - Pn Roshaya (019-5583524)
  • MARAN/TEMERLOH - Pn Noor Rohaila (013-9826084)
  • SHAH ALAM/KLANG - Pn Norazian (013-3899747)
  • PD/N9 - Pn Aisyah (019-6682524)
  • SABAH - Pn Ida Cyril (013-8794645)
  • CHERAS/KAJANG/BANGI/NILAI - Pn NABILA (019-2191202)

Sunday, March 21, 2010

Produk Lain kt kedai Mamastoves 2


Salam..

Ni antara produk di Mamastoves...cupcakes fondant...tempahan dari Puan Ana untuk hantaran...Puan Ana nak dua ton warna biru n putih...so..ni lah hasilnya. Bagi sape2 yg masih tercari2 barang untuk hantaran atau majlis besday,majlis cukur jambul ke..boleh la bertukar kpd cupcakes fondant pulak.





Saturday, March 20, 2010

Kursus Asas Kek Mamastoves

Salam..

Pagi tadi Mamastoves telah menganjurkan Kursus Asas Kek...bertempat di Bilik Trainning di tingkat 1. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar...walaupun ada beberapa orang peserta yang tidak dapat menghadirkan diri pada pagi ini (ada yg masih bercuti kt kampung..ada yg tersilap tarikh..dan macam2 lagi)......namun kursus masih tetap dijalankan..!

Alhamdulillah, peserta kali ni terdiri daripada golongan remaja dan seorang ibu yang begitu sporting dan happening. Masing2 memberikan komitmen yang terbaik...! Kelas bermula pada jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 11.45 pagi. Yang best nye..kita dapat menjamu selera lagii....siap bawak balik sebiji kek sorang satu....tu kira 'lepas' le hidangan untuk minum petang ni...he..he!! Tak yah susah2 nk masak lagi!!

Anyway kat bawah ni saya uploadkan beberapa gambar kelas tadi....tengok ye..!!!




ni adik Nabila dengan kek marblenya..."ni saya yg buat tau...ni kalau tunjuk kt mak..sure jeles ni...emm..nyummy..."



ni plak adik Amira.."i plak buat corak jalur2 ni..lawa tak??"




Ni Puan Zainab.."belajar punya pasal..abih i angkut anak2 sekali! Janji dpt belajar!..". Apa pun Saluut buat Pn.Zainab... SEORANG IBU YANG GIGIH N BERBAKAT.






Bonus Kek Marble Pelangi...






Antara kek2 peserta...bermacam2 corak dan gaya....janji anda dh tau camana nk menghasilkan corak2 seperti ni....kann?? So..lepas ni semua dh boleh buat kek sendiri la ye...

Terima kasih buat semua peserta di atas komitmen yang anda telah berikan sepanjang kursus tadi. Kami di Mamastoves berharap anda berpuas hati dan .....dan...jangan serik untuk datang lagi ye...coz kita ada kursus lain plak next week! Kursus Muffin!!! Memang berbalooi!!

Birthday Cakes













Monday, March 15, 2010

Produk di Kedai Mamastoves


Salam...

Antara produk yang ada kat kedai Mamastoves..."Silk Steamed Cakes" atau nama melayu nya kek kukus Sutera.

Gambar2 nya seperti kat bawah tu..kat tempat lain memang xjumpa punya..kek yg betul2 lembut...enak...n kalau dh rasa tu..sure nk lagi!!





Ada lagi produk2 baru kat kedai...sayangnya 'cameraman' outstation...dh tu camera pun dibawak outstation sekali....so banyak le gambar2 yang xsempat disnap..hu..hu..

Antara produk 'ready to eat' kat kedai...swissroll, kek sponge 3layer, cupcakes, muffins, chocolates roses, sos pencicah Ummi, cookies.....dll yg akan difikirkan nanti....

So..nanti kalau sempat, saya akan uploadkn gambar2 terkini produk untuk makluman semua.Sudi2 lah singgah ke kedai Mamastoves di Jln.Seroja, Bukit Sentosa.

Monday, March 1, 2010

Kursus Asas Roti 2






Salam semua,

Alhamdulillah.....akhirnya dapat jugak kami anjurkan kursus Asas Roti 2 pada 28 Februari lalu. Banyak yg kami pelajari hari tu Rugi la bg sesiapa yg xdtg kursus hari tu...coz kemungkinan besar kursus asas akan dibuat semula pd bulan 12 tahun ni.

Birthday Cake

Salam buat pengunjung blog,

Kat bawah ni saya uploadkan gambar2 kek birthday yg telah ditempah baru2 ni.. terima kasih buat keluarga Pn'Ayu yg menempah kek untuk anak nya..Rayhanah...Anyway Selamat Ulangtahun buat Rayhanah ye...!