Salam..

Selamat datang ke laman MamaStoves... laman yang membawa pilihan kepada semua penggemar kek dan juga yang bercadang untuk mengadakan majlis sambutan harijadi, rumah terbuka, anniversary dan apa jua majlis..

Kami sedia menerima tempahan kek-kek harijadi, kek anniversary, cup cakes, muffin..

Kami juga ada menyediakan satay kebab ayam & ikan bakar dari resepi kami yang tersendiri..


KLIK SINI UNTUK SENARAI HARGA

RAKAN PENGEDAR TEPUNG KEK MAMASTOVES

  • KL/PJ - Hjh Rahimi (017-2210236)
  • PERLIS - Pn Roshaya (019-5583524)
  • MARAN/TEMERLOH - Pn Noor Rohaila (013-9826084)
  • SHAH ALAM/KLANG - Pn Norazian (013-3899747)
  • PD/N9 - Pn Aisyah (019-6682524)
  • SABAH - Pn Ida Cyril (013-8794645)
  • CHERAS/KAJANG/BANGI/NILAI - Pn NABILA (019-2191202)

Tuesday, December 2, 2008

muffin @ cupcakes


Salam..

Kat bawah ni gambar2 muffin yg baru dtempah...untuk kenduri kahwin n bawa balik kampung..di pack dlm bekas 100biji dan 75 biji. Untuk tempahan 25biji @ 50biji pun boleh..tapi harga mengikut kuantitinye ye...ada gak yg menempah dlm pack kecik2..5biji @ 3biji satu pack...untuk tetamu kanak2...





Kuih Puteri Ayu



Salam..

Hari Raya haji dh nak dekat..tp kt tv asyik bising pasal banjir sana-sini..risau gak..camne nk balik kampung ni??Insyaallah..boleh la kitorang raya kt kampung...amiinnn.

Baru2 ni saya ada buat kuih..Puteri Ayu version baru...agak2 le no..berkaler-kaler..cantik n gebuuu..sori le terpuji diri sendiri..he..he..!Kuih ni memang favourite famili..selalu beli je..tapi biasanya xcukup..almaklum..beli kena la tengok budget..anak2 ramai...dh lama nk try buat sendiri...alhamdulillah..menjadik..

Sekarang ni dh siap buat jualan kt rumah..sapa2 nak order untuk jamuan ke..kenduri ke..jgn segan2..kuih yg saya buat ni dh dimodified,hari kedua pun lembut n gebu lagi walau xletak dlm peti sejuk(tp biar le dok dlm bekas bertutup ye..).Ni..saya paparkan gambar kuih Puteri Ayu tu..order..jgn xorder...

Sunday, November 23, 2008

Latest Cakes 3

Assalamualaikum..
Lama gak tak update blog ni..maaf la ye..sibuk sikit ngan bisnes mini roti john kat umah ni.Baru2 ni saya buat parti harijadi my only daughter Yasmin dan adik dia..Nabil.Diorang ni selisih sehari je..kakak 16hb...yang adik 17hb..so nak jimat budget...buat le sekali...saje nak berkumpul adik beradik n kengkawan...bila lagii...

Atas sebab 2 bday disambut sekali tu yang jadi kek diorang ada gambar powerpuff girls main bola tu..sebab Nabil minat sangat ngan bola..pantang nampak bola skit..sure excited lebih...
Tapi..dalam banyak2 makanan..coklat smarties atas kek tu dulu yang abih licin..xdapek den nolong..ha..ha..Anak2 jiran semua yang datang..siap xnak makan benda lain selagi kek xkeluar..ha..ha..camtu le budak2 sekarang..kek kena serbu dulu..baru la ada selera nak makan makanan lain..isy..isy..



Kat bwh ni..kek tempahan member untuk anaknya..Hafiz.Mulanya diorang nak gambar hotweel..tapi xde contoh...so..akhirnya keluar la gambar power rangers yg anak dia minat...terima kasih atas tempahn kek tu Faiz..lain kali boleh tempah lagi ek...


Sunday, November 2, 2008

Bday Cakes




Wednesday, October 22, 2008

LATEST CAKES 2






Saturday, October 18, 2008

Latest Bday Cakes






Tuesday, October 14, 2008

RESEPI FREE 2


Atas permintaan ramai...ni saya paparkan resepi kek marble cheese coklat.Resepi ni simple je..tapi dh dimodified sikit.Cuba la...insyallah menjadi...


Marble Cheese Coklat Cake


Bhn. A
180gm mentega
20gm koko diayak
170gm gula kaster
3 biji telur
120gm tepung naik sendiri
1 st baking pwder

Bhn. B
250gm krim keju
60gm gula caster
1 st vanila
1 biji telur

Cara:
1.Pukul butter n gula hingga kembang.Masuk telur sebijik-sebijik.Kemudian masukkn tepung,serbuk koko n b.powder.Gaulkan.Pastu bahagikn adunan kpd 2 bhgian. Ketepikan. 2.Dlm bekas lain, pukul bhn B hingga kembang.
3.Tuangkan 1 bhgian adunan A dlm loyang n ratakan.Tuang semua adunan B ke atasnya n ratakan.Kemudian tuangkan baki adunan A n ratakan.
4. Bakar dlm oven 160'c selama 6o minit @ hingga masak.Bila sejuk baru potong n hidang.


Thursday, October 9, 2008

KEK HARI RAYA

Assalamualaikum...rasanya belum terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua..maaf zahir batin...almaklum sibuk ngan persiapan nyambut raya baru ni.

Tapi xpe..kita kan raya sebulan..pas ni banyak lagi'open house' kat KL...jem le pulak kat KL..! Tahun ni saya beraya kt 2 tempat..Aloq setaq n Kelantan..meriah tu biasa le..tambah2 ngan anak2 buah yg berduyun..he..he..tu xkira lagi anak2 buah baru yg akan muncul bulan 12 ni..
jenuh le nk siap duit raya..he..he.

Ni pun baru je balik KL..baru je nak mengadap pc..!Ha..baru la dapat update blog sikit.Ni gambar2 kek yang sempat saya muatkan.Kek2 ni tempahan masa bulan puasa n raya..!Kat atas ni kek Marble Cheese Coklat..cheese di dalam n topping pun cheese gak..sedap dimakan bagi penggemar cheese..Nissa kata next year dia nk dua biji..satu tak cukup beb...he.he..insyaallah...
Kat bawah ni kek marble cheese yg belum diletak topping lagi. Buat Kak Juli..nanti Nurul attach resepi kek ni kt dlm 'resepi baru' nurul tu ye..!Bawah ni antara kek lapis Sarawak yg ditempah masa bulan puasa lalu...terima kasih buat As n teman2..camne rasanya...sempat raya ke??Antara kek Lapis Sarawak yg dimuatkan gambarnya..Kek Lapis Masam Manis,Kek Lapis Puncak Kasih, Kek Lapis London Look...yg lain lupa lak nk ambik gambar..maaf ek..






Gambar yg last sekali tu...kek Marble Tompok Rimau yg saya dh modified sikit color n perisa oren.Alhamdulillah..anak2 saya dok angkut bawa bekal g sekolah..termasuk le si kecik Nabil tu...

So..pas ni kalau ada nak order bday kek..saya ada buat pakej untuk party pack n pudding jelly sekali..bagi sapa2 nk order..boleh le call saya nanti...wassalam.








Tuesday, September 9, 2008

Blueberry Fresh Cream


Kek ni memang sedap..tak percaya..cuba la rasa..sure nak lagi...! Kek di lapis dengan 'filling blueberry' di dlm dan di atas.Kemudian diselaputi dengan 'Fresh cream' ....

Biasanya untuk birthday..saya akan lukis gambar2 kartun mengikut kesukaan anak2 menggunakan pipping jelly...terpulang lah gambar apa yg anak2 pelanggan suka. Di bawah ni saya paparkan gambar2 kek Blueberry Fresh Cream yang sempat dirakam...ada banyak lagi..tapi terlupa nak rakam...maaf ye...




Kek Lapis Sarawak


Tak sah kalau takde kek di pagi raya..tambah2 lagi kek lapis sarawak yg berwarna-warni..bisa menambahkan suasana ceria di hari raya. Ada beberapa jenis kek lapis sarawak yang saya selalu buat..antaranya seperti Kek Lapis London Look, Kek Lapis Masam Manis, Kek Lapis Amelia, Kek Sabaktun, Kek Hati Pari....terbaru tahun ni saya akan tambah dengan dua jenis kek seperti Kek Puncak Kasih dan Kek Batik Kenyalang.


Kek Lapis London Look- ada lapisan semuanya.Setiap lapisan mempunyai perisa berbeza.Merah-dicampur sekaya,hijau-dicampur choclate rice,kuning-dicampur susu dan oren dicampur peanut butter.

Kek Lapis Masam Manis-adunan kek dicampur biskut marie,sekaya dan susu.Mempunyai 2 lapisan kuning dan hijau.Setiap lapisan diselangi dengan manisan keranji(hawflakes).Saya modified sikit letak warna merah ditengah.

Kek Lapis Amelia-mempunyai 4 lapisan.Coklat-campuran nescafe/browning,Merah-strawberi,kuning-vanila/horlicks,hijau-vanila.Kek ni ciptaan sendiri tau...

Kek Lapis Sabaktun-mempunyai 2 lapisan utama iaitu warna coklat-dicampur nescafe/browning dan warna asal-dicampur vanila.Kek ini mengandungi susu dan sekaya.

Kek Hati Pari-kek ini berwarna coklat dan tahan lama.Juga dikenali sebagai 'kek sebulan'.Takde lapis2..plain je..tapi sedap sebab berperisa kismis hitam.

Kek Lapis Puncak Kasih-adunan dicampur sekaya dan susu.Mempunyai 3 lapisan utama.Kuning-dicampur jem buahan,hijau-dicampur horlicks.Coklat-dicampur milo.


Sayangnya photo takde...cuma photo Kek Lapis Puncak Kasih je yang dpt saya lampirkan di sini...Kek ni berperisa milo, jem,horlicks dan srikaya. Kalau nak rasa...jgn segan2 untuk order...

Monday, September 8, 2008

Pelangi Cupcakes

Ini adalah sebahagian daripada cupcakes yang telah siap. Cupcakes ini dibuat secara 'steamed' dalam pelbagai warna dan corak. Kalau dijaga dengan betul..tahan lama sampai seminggu. Bukan sahaja anak2 menyukainya..mak2 n bapak2 pun ikut mengunyah sekali.

Boleh dibuat hidangan harijadi atau sebagai sajian hari raya nanti. Ada yang memesan untuk kenduri kahwin..tak kurang juga yang order untuk dibawa balik kampung...sebagai buah tangan buat atuk n anak2 buah.


Sunday, August 31, 2008

Pudding Pelangi

Pudding Pelangi ni baru je saya buat.Saje try..pudding ni perisa strawberi dan santan...saya lapis dengan pelbagai warna. Topping nya saya letakkan whipping cream dan sedikit manik berbentuk love.Anak-anak pasti suka...boleh buat pemanis untuk berbuka puasa nanti.


Selamat Berpuasa buat keluarga Kyong,Ja,Oli,Malik,Kla,Za (semua kakak2 n adik2 tersayang..xmuat nak sebut nama semua...) dan semua umat Islam walau di mana jua anda berada.Semoga kedatangan bulan Ramadan tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua.Aminnn....