Salam..

Selamat datang ke laman MamaStoves... laman yang membawa pilihan kepada semua penggemar kek dan juga yang bercadang untuk mengadakan majlis sambutan harijadi, rumah terbuka, anniversary dan apa jua majlis..

Kami sedia menerima tempahan kek-kek harijadi, kek anniversary, cup cakes, muffin..

Kami juga ada menyediakan satay kebab ayam & ikan bakar dari resepi kami yang tersendiri..


KLIK SINI UNTUK SENARAI HARGA

RAKAN PENGEDAR TEPUNG KEK MAMASTOVES

  • KL/PJ - Hjh Rahimi (017-2210236)
  • PERLIS - Pn Roshaya (019-5583524)
  • MARAN/TEMERLOH - Pn Noor Rohaila (013-9826084)
  • SHAH ALAM/KLANG - Pn Norazian (013-3899747)
  • PD/N9 - Pn Aisyah (019-6682524)
  • SABAH - Pn Ida Cyril (013-8794645)
  • CHERAS/KAJANG/BANGI/NILAI - Pn NABILA (019-2191202)

Saturday, March 20, 2010

Kursus Asas Kek Mamastoves

Salam..

Pagi tadi Mamastoves telah menganjurkan Kursus Asas Kek...bertempat di Bilik Trainning di tingkat 1. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar...walaupun ada beberapa orang peserta yang tidak dapat menghadirkan diri pada pagi ini (ada yg masih bercuti kt kampung..ada yg tersilap tarikh..dan macam2 lagi)......namun kursus masih tetap dijalankan..!

Alhamdulillah, peserta kali ni terdiri daripada golongan remaja dan seorang ibu yang begitu sporting dan happening. Masing2 memberikan komitmen yang terbaik...! Kelas bermula pada jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 11.45 pagi. Yang best nye..kita dapat menjamu selera lagii....siap bawak balik sebiji kek sorang satu....tu kira 'lepas' le hidangan untuk minum petang ni...he..he!! Tak yah susah2 nk masak lagi!!

Anyway kat bawah ni saya uploadkan beberapa gambar kelas tadi....tengok ye..!!!




ni adik Nabila dengan kek marblenya..."ni saya yg buat tau...ni kalau tunjuk kt mak..sure jeles ni...emm..nyummy..."



ni plak adik Amira.."i plak buat corak jalur2 ni..lawa tak??"




Ni Puan Zainab.."belajar punya pasal..abih i angkut anak2 sekali! Janji dpt belajar!..". Apa pun Saluut buat Pn.Zainab... SEORANG IBU YANG GIGIH N BERBAKAT.






Bonus Kek Marble Pelangi...






Antara kek2 peserta...bermacam2 corak dan gaya....janji anda dh tau camana nk menghasilkan corak2 seperti ni....kann?? So..lepas ni semua dh boleh buat kek sendiri la ye...

Terima kasih buat semua peserta di atas komitmen yang anda telah berikan sepanjang kursus tadi. Kami di Mamastoves berharap anda berpuas hati dan .....dan...jangan serik untuk datang lagi ye...coz kita ada kursus lain plak next week! Kursus Muffin!!! Memang berbalooi!!

0 comments: